Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020 pada 26/8/2020
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya turut ingin menyertai perbahasan Akta Mahkamah Kehakiman Pindaan 2020 ini dan seperti tadi rakan- rakan saya Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Sepang telah mengutarakan reservation terhadap provision remote technology ini. Saya bersetuju dengan pandangan mereka. Secara dasarnya, kebelakangan ini cabang kehakiman aktif dalam embracing technology telah e-filing sistem, e-jamin dan ada juga tahun ini juga melaksanakan e-lelong sistem. Saya terpanggil oleh persatuan lelong yang ingin merayu kepada pihak mahkamah supaya mempertimbangkan menggunakan sistem hibrid lelong dan bukan 100 peratus e-lelong. Saya membangkitkan isu ini pada 22 Julai semasa perbahasan saya untuk Titah Diraja dan saya masih belum mendapat jawapan bertulis ataupun jawapan lisan daripada pihak Menteri.
Pelelong-pelelong hilang mata pencarian kerana pelaksanaan e-lelong sepenuhnya di Mahkamah Tinggi Malaya dan saya minta pihak Menteri ataupun pihak badan kehakiman mengadakan libat urus dengan persatuan-persatuan Dengan gelombang digital ini seperti e-lelong ini ada cadangan supaya hibrid dilaksanakan iaitu supaya pelelong-pelelong juga dapat bersama terlibat dalam lelong sistem di Mahkamah Tinggi.
Satu perkara lagi ingin saya memberi perhatian pada hari ini ialah remote technology untuk kehakiman. Kita ada tiga cabang. Eksekutif, kehakiman dan juga legislatif. Nampaknya badan kehakiman moving ataupun bergerak pantas dari segi remote technology. Bagaimana pula dengan Parlimen, Tuan Yang di-Pertua. Parlimen sebenarnya boleh menggunakan remote technology dengan lebih efektif dan saya ingin merekodkan rasa dukacita saya kerana Select Committee Parlimen dan juga Public Account Committee (PAC) tidak dapat berfungsi sejak 1 Mac sehingga hari ini.
Sebenarnya PAC di mana saya seorang anggotanya boleh menggunakan remote technology ataupun keterbukaan. Tadi Yang Berhormat Pasir Puteh menyebut keterbukaan. Apabila memanggil inquiry dalam kes-kes Select Committee Parlimen dengan Public Account Committee boleh menggunakan remote technology dan juga dengan berkongsi maklumat ini secara terbuka. Malangnya hari ini peraturan-peraturan standing order kita masih tidak membenarkan Select Committee dan juga PAC untuk melaksanakan live streaming dan hari ini kita mempertimbangkan permohonan daripada badan kehakiman melaksanakan remote technology untuk live streaming. Tetapi sebagai Ahli Dewan Rakyat kita pula terlewat. Kita tidak ada usaha untuk mengubah standing order kita. Kita tidak ada usaha untuk embracing technology. Malangnya sepuluh Select Committee kita dan juga PAC paralyse sehingga hari ini.
Saya setuju dengan pandangan rakan- rakan saya berkaitan dengan remote technology digunakan untuk kes-kes sivil terutamanya mention untuk case management dan sebagainya tetapi untuk criminal cases, saya setuju dengan rakan-rakan saya yang menyebut reservation mereka.
Tetapi hari ini kita berharap badan kehakiman moving forward for the digital technology. Saya ingin menekanbahawa parlimen telah lambat, Select Committee tidak gerak, PAC tidak terbuka, itu masalahnya. Kita kena bijak menggunakan teknologi untuk memastikan to the interest of justice. Saya rasa perkara itu perlu diberi perhatian yang serius dan saya mengambil kesempatan perbahasan bill ini menyeru pihak pejabat Tuan Yang di-Pertua untuk melihat balik kepada Standing Order Parlimen supaya Parlimen dan juga Select Committee-Select Committee di bawahnya boleh juga mengadakan mesyuarat melalui remote technology. Saya harap Tuan Yang di-Pertua yang baru boleh mengorak langkah terhadap teknologi baru ini. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment